KOK โ€“ Kebaikkan yang dibuat oleh orang kafir tidak ada nilai kepada Allah SWT.

https://kebaikkanorangkafir.wordpress.com/

Advertisement

Mabuk.

*๐Ÿ“ NASEHAT HARI INI*

*ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู*

*Kuasa Yang Memabukkan*

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam berpesan dalam sebuah hadis bahawa akan muncul kumpulan manusia yang sangat gilakan kuasa dan kegilaan mereka kepada kuasa ini akan membawa kepada kemusnahan. Sabda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam:

*ุฅูู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุณูŽุชูŽุญู’ุฑูุตููˆู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุฅูู…ูŽุงุฑูŽุฉู ูˆูŽุณูŽุชูŽูƒููˆู†ู ู†ูŽุฏูŽุงู…ูŽุฉู‹ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ููŽู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูุฑู’ุถูุนูŽุฉู ูˆูŽุจูุฆู’ุณูŽุชู ุงู„ู’ููŽุงุทูู…ูŽุฉู*

Sesungguhnya akan ada di kalangan kamu yang bersungguh sungguh gilakan kepimpinan dan ia akan jadi satu penyesalan di hari kiamat. Ia hanya permulaan yang menyenangkan di dunia dan pengakhiran penuh dengan penyesalan di akhirat.

*HR Al-Bukhari*

Bahkan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallamย  menegaskan bahawa orang yang gilakan kuasa ini tidak seharusnya di berikan jawatan. Perkara ini di jelaskan ketika Baginda di tanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah shallallahu alaihi wa sallamย  menjawab:

*ุฅู†ุง ู„ุง ุชููˆู„ูŠ ู‡ุฐุง ู…ูŽู†ู’ ุณูŽุฃู„ู‡ู ูˆูŽู„ุง ู…ูŽู†ู’ ุญูŽุฑูŽุต ุนู„ูŠู‡*

Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila gila kan jawatan kepimpinan.

*HR Al-Bukhari*

Malah seorang tokoh ulamak yang terkenal pernah berpesan bahawa gilakan kuasa akan merosakkan peribadi seseorang. Gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan bersifat hasad bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad:

*ู…ุง ู…ู† ุฃุญุฏ ุฃุญุจ ุงู„ุฑุฆุงุณุฉ ุฅู„ุง ุญุณุฏ ูˆุจุบู‰ ูˆุชุชุจุน ุนูŠูˆุจ ุงู„ู†ุงุณ ูˆูƒุฑู‡ ุฃู† ูŠูุฐูƒุฑ ุฃุญุฏ ุจุฎูŠุฑ*

Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memilih pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat dan bukan mereka yang hanya gilakan jawatan dan mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.

Dalam keadaan kesempitan hidup dan kelembapan ekonomi yang berlaku pada hari ini, kita sepatutnya mengutamakan penyelesaian dalam menangani wabak dan membangunkan semula ekonomi negara, bukan bercakaran mengejar kemusnahan.

Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat bagi kita semua.

*ุจูŽุงุฑูŽูƒูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูููŠู’ูƒูู…*
*Ghuroba……โœ๏ธ*